Perubahan iklim kini dilihat semakin kerana, oleh itu Malaysia perbagai mengambil langkah dalam memperkasakan tindakan menyelamatkan iklim bumi.

Oleh itu Malaysia dan United Kingdom (UK) mengukuhkan kerjasama dalam melaksanakan pelbagai tindakan untuk menangani cabaran perubahan iklim.

Menteri Alam Sekitar dan Air (KASA) Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man berkata, kerjasama itu untuk mengurangkan pelepasan gas rumah kaca berdasarkan komitmen negara masing-masing.

Pembabitan dua negara bagi kepakaran teknikal dalam lima bidang utama iaitu usaha sama dalam perubahan iklim, alam sekitar, biodiversiti, perhutanan dan pertanian dan pembangunan mampan.

“Kerjasama turut melibatkan perkongsian pengetahuan dalam pembangunan dasar mengenai pengurangan pelepasan gas rumah hijau dengan menggalakkan inisiatif pembangunan rendah karbon.

“Menggalakkan kerjasama penyelidikan saintifik dan teknikal dalam bidang kepentingan bersama,” katanya pada kenyataan di sini hari ini.

Memorandum persefahaman tersebut ditandatangani di London semalam di mana Tuan Ibrahim sebagai mewakili kerajaan Malaysia, manakala Menteri Rantau Pasifik & Alam Sekitar Antarabangsa Lord Zac Goldsmith mewakili United Kingdom.

Tuan Ibrahim juga berkata, kerjasama Malaysia-UK menggalakkan penglibatan sektor swasta dalam usaha ke arah transisi pembangunan mampan dan rendah karbon.

Selain itu melaksanakan aktiviti-aktiviti bersama masyarakat (outreach) untuk menyebar luas intipati usaha sama yang dijalankan oleh kedua-dua negara melalui memorandum persefahaman tersebut.

“KASA optimis kerjasama dengan United Kingdom dalam bidang perubahan iklim dan pembangunan mampan akan memangkin aspirasi negara untuk mencapai pelepasan GHG sifar bersih seawal tahun 2050,” katanya. –