Sabda Baginda Rasulullah: Tidak terjadi hari kiamat itu sehingga Sungai Furat menjadi surut airnya sehingga ternampak sebuah gunung daripada emas. Ramai orang berperang untuk merebutkannya. Maka terbunuh sembilan puluh sembilan daripada seratus orang yang berperang. Dan masing-masing yang terlibat berkata ‘mudah-mudahan akulah orang yang terselamat itu’. – [HR Muslim 5152].

Akibat berlakunya musim panas dan suhu tinggi, sebuah bandar purba kelihatanya telah muncul daripada dasar Sungai Tigris di Iraq yang berusia sekitar 3,400 tahu

n.Bandar tersebut dipercayai peninggalan Empayar Mittani yang terletak di sekitar Sungai Tigris.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan oleh Universiti Tubingen, bandar lama tersebut ditemui setelah paras air di empangan Mosul di Iraq menurun secara mendadak.

,Ahli arkeologi menemui runtuhan istana dan bangunan besar lain. Mereka mengesyaki bandar itu bernama Zakhiku yang merupakan pusat Empayar Mittani.

“Proses cari gali menunjukkan bahawa tapak ini adalah pusat penting Empayar Mittani,” kata Hasan Qasim dari Pertubuhan Arkeologi Kurdistan.

Proses penemuan bandar purba di dasar empangan itu telah dilakukan sekitar Januari dan Februari lalu.

Ahli-ahli arkeologi segera melakukan cari gali selepas paras air empangan Mosul yang amat dalam sebelum ini surut kerana kemarau.

Pakar arkeologi dari Universiti Freiburg, Ivana Puljiz yang terlibat dalam penemuan bandar purba itu berkata, proses cari gali berlangsung beberapa hari sahaja.

“Penemuan beberapa bahagian binaan tinggi diyakini memainkan peranan penting bagi Empayar Mittani.

“Bahagian besar bangunan itu pula sangat penting kerana menyimpan kuantiti makanan yang banyak dan mungkin untuk bekalan seluruh wilayah,” jelasnya.

Tamat