“Sebagai seorang mualaf dan pendakwah, beliau dengan tegas sebagai Muslim di Jepun mengatakan tidak pernah meraikan Bon Odori,” Firdaus Wong Wai Hung apabila menjelaskan rakannya Salman Kyoichiro Sugimoto yang beragama Islam.

Firdaus Wong menegaskan menerusi hantaran dalam laman sosialnya sebagai merujuk kontroversi program kebudayaan tersebut.

Ianya berkenaan komuniti Muslim di Jepun termasuk golongan mualaf tidak pernah menyambut perayaan Bon Odori kerana sedar acara tahunan itu jelas bertentangan dengan akidah Islam.

“Ini perbualan antara saya dengan sahabat saya di Jepun iaitu Salman Kyoichiro Sugimoto. Kami berdua berkenalan semasa menghadiri Program Latihan Dakwah Antarabangsa 2016.

Festival anjuran Kedutaan Besar Jepun itu mencetuskan polemik setelah Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Datuk Idris Ahmad melarang penyertaan umat Islam dan kenyataan tegas beliau itu turut disokong tokoh agama kerana program tersebut ada unsur pemujaan roh dan bertentangan dengan akidah.

Firdaus yang juga Pengasas Pertubuhan Mualaf Pelbagai Bangsa (MRM) berkata, umat Islam di Jepun ternyata lebih faham dan tidak pula teruja meraikan Bon Odori dan mereka lebih sedar perkara tersirat atau falsafah di sebalik perayaan itu yang ada unsur syirik.

Tamat