“Kali ini kita sendiri wujudkan tsunami politik supaya yang pernah kalahkan kita akan merasa kekalahan itu,” itu kata Pengerusi BN, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Melihat kepada semangat yang ditunjukkan olehnya cukup menggambarkan usaha BN dalam merampas kembali tampuk pemerintahan negara.

Sekali gus seakan-akan misi memenangi pilihan raya hanyalah semata-mata bagi memegang kuasa dan bukanlah untuk membantu rakyat yang kini sedang bergelut dengan masalah ekonomi semasa.

Zahid Hamidi berkata, semua ahli dan pemimpin BN di Sepang supaya tidak memikirkan siapa calon yang akan bertanding pada PRU15 sebaliknya meminta mereka bekerjasama bagi memenangkan BN.

“Pemimpin dan ahli BN di Sepang perlu melakukan apa saja bagi menyantuni kira-kira lebih 100,000 pengundi,” katanya ketika berucap pada majlis meraikan bakal haji dan Sambutan Ulang Tahun ke-48 BN peringkat Parlimen Sepang.

Kerusi Parlimen Sepang, yang merangkumi tiga kawasan Dewan Undangan Negeri (DUN) iaitu Tanjong Sepat, Sungai Pelek dan Dengkil.

Tamat