“Ini (kebenaran menanam ganja di rumah di Thailand) memang akan beri kesan, akan timbulkan keghairahan yang lebih di pihak kita (Malaysia),” tegas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay.

Menurut beliau Malaysia masih kekal dengan undang-undang tersendiri, oleh itu Polis Diraja Malaysia (PDRM) mempertingkatkan kawalan pintu sempadan Malaysia-Thailand.

Diakui keputusan Thailand itu secara langsung turut menimbulkan keghairahan kepada tokan tempatan untuk mendapatkan bekalan dari negara berkenaan.

Ujarnya, susulan itu pasukan polis akan melipatgandakan kawalan di kesemua pintu sempadan Malaysia-Thailand termasuk memantau pergerakan yang mencurigakan membabitkan cubaan penyeludapan ganja.

“Mungkin penghidu-penghidu (penagih dan pengedar) ini akan memudahkan pergerakan ganja (untuk penyeludupan) sebab kerana ia sudah tiada had lagi di sana, susulan itu kita mengetatkan kawalan di semua pintu sempadan,” katanya.

Tamat