“Untuk syabu kita nak kurangkan beratnya daripada 50 kepada 15 gram sebab dadah jenis ini paling banyak digunakan penagih ketika ini., kita sudah cadang kepada Kementerian Dalam Negeri sebelum dibawa ke Jabatan Peguam Negara,” itu kata Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik JSJN Bukit Aman, Datuk Ayob Khan Mydin Pitchay semalam.

(JSJN) Bukit Aman mencadangkan akta berkaitan dadah dipinda bagi memperkemas undang-undang berkaitan dadah baharu termasuk syabu yang kini semakin menjadi pilihan penagih di Malaysia.

Ayob Khan berkata pindaan itu meliputi aspek hukuman bagi pengedaran dan pemilikan dadah serta penyenaraian bahan kimia baharu dikesan diguna bagi pembuatan bahan terlarang itu di dalam Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.

“Contohnya, sebelum ini jika memiliki 15 gram heroin (seseorang itu dianggap mengedar dadah) dan boleh dihukum gantung, tapi bagi syabu dan pil ekstasi, 50 gram.

Menurut beliau, pihaknya turut mencadangkan supaya beberapa jenis bahan kimia baharu diguna dalam pembuatan dadah sintetik disenaraikan sebagai bahan terlarang dalam ADB 1952.

“Bahan-bahan baharu ini digunakan dalam menghasilkan dadah seperti syabu, ketamin dan pil yaba perlu disenaraikan bagi menangani masalah dadah.

“Di luar negara lebih 900 bahan-bahan kimia disenaraikan sedangkan di Malaysia hanya ada 60 jenis dalam ADB 1952,” katanya.

Tamat