Terkejut Naib Canselor UniSel apabila seorang graduan tiba-tiba membuka langkah sembah silat semasa menerima skrol diploma miliknya.

Graduan berkenaan Muhammad Zairul Izzwan itu menjadi individu terakhir yang menerima sijil pada hari tersebut, membolehkannya melakukan ‘persembahan penutup’ dengan penuh bergaya.

Bukan setakat itu, gaya mutu persembahan dibuat penuh tertib membuatkan orang ramai kagum dengan aksi graduan dalam jurusan Diploma Komunikasi dan Media dan ianya disambut baik oleh Naib Canselor dan semua tetamu kehormat.

Menerusi video yang dimuat naik oleh seorang pengguna TikTok iaitu @TeacherHadi, seorang graduan Universiti Selangor (UNISEL) mencuri tumpuan ramai apabila menunjukkan kemahiran bersilat ketika mengambil sijil diploma miliknya.

Tamat