Pelbagai kaedah digunakan bagi membawa barangan dagangan haram termasuk daging babi sejuk beku bernilai RM282,000 dari Sepanyol di Pelabuhan Klang Utara, dekat sini, Ahad lepas.

Jabatan Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia (MAQIS) Selangor menahan kontena berisi muatan 25,000 kilogram daging babi itu selepas membuat pemeriksaan.

“Hasil pemeriksaan mendapati sebuah kontena yang membawa dagangan daging babi sejuk beku itu tidak mematuhi syarat permit import yang dikeluarkan oleh MAQIS,” menurut kenyataan itu.

Kenyataan itu memberitahu kegagalan mematuhi syarat yang ditetapkan, boleh didakwa mengikut Seksyen 15(1) Akta Perkhidmatan Kuarantin dan Pemeriksaan Malaysia 2011 serta boleh dikenakan tindakan mengikut Seksyen 15(2) akta sama, yang memperuntukkan denda tidak melebihi RM100,000 atau dipenjarakan hingga enam tahun atau kedua-duanya sekali.

Tamat