Betul kata orang, akibat berlaku zalim terhadap haiwan, punca seorang lelaki Malaysia yang baru memenangi pertandingan laga ayam di Thailand ditembak pada bahagian tangan.

Akibat masuk secara negara gajah putih itu secara haram, tiada sebarang laporan dibuat serta bantuan perubatan diberikan lebih malang kaki laga ayam itu dikatakan berenang kembali ke negara ini dalam keadaan tangan berlumuran dengan darah pada petang Sabtu lalu.

Menurut lelaki berkenaan, akibat tidak puas hati setelah menang pertandingan berkenaan menyebabkan dia ditembak ketika dalam perjalanan pulang.

Penggemar sabung ayam yang berusia 36 tahun itu menyelinap masuk secara haram melintasi sempadan Thailand pada hari Sabtu untuk menghadiri perlawanan sabung ayam di ‘kokpit’ Sungai Golok di Wilayah Narathiwat.

“Dia tidak menghadiri acara perlawanan sabung ayam selama lebih dua tahun kerana wabak Covid-19, sebab itu dia nekad menyeberang ke Thailand secara haram untuk melihat ayam jantannya bersaing.

“Rakan-rakan yang juga turut serta dalam acara tersebut, namun mengambil jalan yang sah dan tiba agak lewat darinya,” lapor The Thaiger.

Dalam perjalanan pulang, dia ditembak oleh sekumpulan warga Thailand dengan tiga das tembakan dan salah satu tembakan telah terkena di bahagian tangan kirinya.

Disebabkan takut untuk mendapatkan rawatan di Thailand, lelaki itu berenang pulang ke Malaysia dan mendapatkan rawatan untuk tangannya yang cedera di sana.

Tamat