Negara komited atasi isu sekuriti makanan kini dengan memulakan tanaman jagung oleh Pertubuhan Peladang Kebangsaan (Nafas) di atas kawasan seluas 12,140 hektar di Kelantan dan Terengganu yang sebelum ini digunakan bagi tanaman tembakau.

Usaha ini membantu kerajaan dalam merealisasikan usaha mengurangkan kebergantungan terhadap import jagung bijian yang merupakan antara bahan mentah utama dalam penghasilan makanan ternakan.

“Nafas komited untuk terlibat dalam rantaian industri ternakan ayam selaras dengan saranan Kerajaan yang mahu kerjasama awam dan swasta diperkukuh bagi meningkatkan hasil pertanian khususnya industri ternakan ayam.

“Nafas juga mensasarkan untuk menguasai 20 peratus pasaran ayam dengan pengeluaran 144 juta ekor setahun, sekaligus dapat memastikan harga ayam dipasaran kekal relatif dan stabil.

“Penglibatan Nafas dalam rantaian nilai industri ayam ini dilihat akan dilaksanakan melalui pemerkasaan rangkaian Pertubuhan Peladang bermula dengan Nafas di peringkat induk dan seterusnya struktur pergerakan Pertubuhan Peladang (PP) tiga peringkat terdiri daripada 14 PPN di peringkat negeri, 279 PPK di peringkat kawasan dan hampir 1 juta ahli peladang di seluruh negara.

“Usaha ini dalam masa yang sama dilihat dapat mewujudkan peluang pekerjaan yang baharu dan dapat meningkatkan aktiviti ekonomi di sekitar kawasan yang terlibat sekaligus meningkatkan hasil pendapatan bagi penduduk setempat,” katanya.

Tambah kenyataan itu katanya, ketika ini Malaysia mengimport hampir 100 peratus jagung bijian atau kira-kira dua juta tan setahun dari negara seperti Argentina, Brazil dan Amerika Syarikat (AS).

“Krisis bekalan dan kenaikan harga ayam sering berlaku di negara ini sehingga pelbagai pihak mendesak agar kerajaan segera menanganinya kerana ia membabitkan isu sekuriti makanan.

Tamat