Artis saja cari pasal, sengaja mahu direman selama tiga hari akibat menumbuk serta menendang seorang lelaki di sebuah kondominium di Segambut beberapa hari lalu.
suspek dipercayai berusia pertengahan 30-an itu dan merupakan penghuni di kondominium berkenaan telah dilaporkan menumbuk serta menendang seorang penduduk di kondominium sama dalam kejadian pada Khamis kira-kira jam 8.30 malam.
Menurut Ketua Jabatan Siasatan Jenayah, Kuala Lumpur, Senior Asisten Komisioner Habibi Majinji memaklumkan yang kejadian berlaku ketika mangsa dilaporkan meminta bantuan rakannya untuk membeli minyak masak di luar kawasan kediaman tersebut.
Tak lama selepas itu, mangsa telah turun ke lobi lif untuk bertanya mengapa rakannya tidak dibenarkan untuk naik ke kondominum.
“Ketika rakan mangsa hendak menghantar minyak masak yang dipesan, dia bagaimanapun tidak dibenarkan masuk ke kawasan kondominium berkenaan oleh pengawal keselamatan di situ sebelum memaklumkan perkara terbabit kepada mangsa,” katanya.
“Kita percaya ketika itu berlakunya pertengkaran mulut antara mangsa dan pengawal keselamatan terbabit sebelum artis lelaki yang juga suspek tiba-tiba datang dan menumbuk serta menendang mangsa.
“Mangsa mendakwa suspek menumbuk dan menendangnya di bahagian muka, dada serta perut dan belakang badan, selain mencekik dan mengugut akan membunuhnya,” katanya.
Difahamkan, mangsa telah membuat laporan polis berhubung hal tersebut di Bahagian Siasatan Jenayah, Polis Daerah Sentul dan pihak berkuasa telah memberkas suspek di kediaman sama pada malam semalam.
Melalui sumber lagi, suspek yang pernah dicalonkan dalam kelompok Top 5 bagi kategori Pelakon Filem Lelaki Popular dalam Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) ke-34 akan direman sehingga Isnin ini.
Tamat