Belum sempat apa-apa kedengaran bunyi dentuman kuat pada bahagian depan bas, apabila kenderaan berkenaan merempuh penghadang Plaza Tol Ipoh Utara dekat Jelapang di sini semalam menyebabkan 16 penumpang trauma sekitar jam 3.10 minit petang.

Akibat rempuhan berkenaan menyebabkan empat penumpang bas express berkenaan didapati mengalami cedera ringan.

Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Perak berkata, maklumat awal memaklumkan terdapat 16 penumpang dengan 10 daripadanya wanita.

“Mangsa yang cedera telah dibawa ke hospital oleh Unit Bantuan Perkhidmatan Kecemasan (EMRS) untuk rawatan selanjutnya,” katanya dalam satu kenyataan pada semalam.

Beliau berkata, anggota bomba telah membuat pemantauan di lokasi kejadian bagi memastikan semua mangsa terlibat berada dalam keadaan selamat.

Operasi tamat sepenuhnya pada jam 4.18 petang,” katanya.

Tamat