“Tuhan tak jadikan pohon kanabis sia-sia, pohon kanabis adalah untuk rawatan. Maka, keluarkanlah kanabis daripada senarai nakotik. Terima kasih semua…” itu kata penyanyi serta komposer terkenal semasa dibawa keluar selepas keluar dari perbicaraan Mahkamah Sesyen Petaling Jaya semalam.

Yasin Sulaiman, kekal dijalankan siasatan mengikut Seksyen 6B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952, akibat kerana menanam 17 pokok ganja itu kekal berdasarkan laporan kimia.

“Kanabis bukan nakotik, satu dunia dah tahu. 40 negara antara yang maju telah membenarkan kanabis perubatan,” katanya semalam.

Yasin turut menjadi perhatian ramai yang sempat mengucapkan salam takziah di atas pemergian Allahyarham Adibah Noor dan sahabat baiknya, Allahyarham Mujahid Abdul Wahab.

Sementara itu, peguam Yasin, Ariff Azami Hussein berkata pihaknya tiada bantahan terhadap permohonan berkenaan.

“Terima kasih kepada pasukan pendakwaan kerana menyediakan laporan kimia dalam masa singkat dan kita mohon dua minggu dari sekarang (sebutan kes) jika memadai,” katanya.

Perkongsian video itu mendapat pelbagai reaksi daripada netizen yang turut sebak namun mengagumi penyanyi itu yang sentiasa positif serta mendoakan agar urusan Yasin dipermudahkan.

Tamat