“Seperti hujung tahun ini, semua premis judi di negeri ini akan menamatkan operasi mereka selepas kita tidak lagi memperbaharui lesen berkenaan,” itu kata tegas daripada Menteri Besar Kedah Datuk Seri Muhammad Sanusi Md. Nor.

Menurutnya semua pusat judi di Kedah akan menamatkan operasi pada hujung tahun ini memandangkan kerajaan Kedah tidak akan memperbaharui lesen mereka.

Ini merupakan salah satu langkah yang diambil oleh pihak kerajaan negeri bagi mengekang aktiviti-aktiviti maksiat yang hanya membawa kemudaratan kepada rakyat.

“Kita akan perkenal beberapa langkah baharu yang akan diumum kemudian. kata beliau,” kata beliau.

Nampaknya semua kelihatan gembira apabila pusat judi ditutup, hasilnya ekonomi rumah keluarga akan lebih terjamin apabila kanser tahi judi ini dihapuskan.

Menurut Menteri Besar itu lagi, pihak kerajaan tidak akan melayan sebarang rayuan pemilik premis perjudian bagi melanjutkan tempoh operasi.

Walaubagaimanapun masih ada golongan yang mahu meruntuhkan institusi kekeluargaan di negeri Kedah, mencabar tindakan oleh Negeri Kedah yang enggan memperbaharui lesen perjudian melalui tindakan mahkamah.

Seperti sudah sekian lama, pastinya Democratic Action Party (DAP) bakal menentang habis-habisan setiap satu kebaikan yang berlandaskan hukum Islam.

Melalui penama Liew Han Eng dan tiga lagi penama seakan tidak senang duduk apabila lesen kedai judi nombor ekor ditamatkan perkhidmatannya.

Ramkarpal Singh, ahli DAP yang juga merupakan seorang pengamal undang-undang, telah membantu dalam memfailkan kes tersebut. DAP menyifatkan tindakan Menteri Besar Kedah Muhammad Sanusi Md Nor sebagai tidak munasabah dan boleh dibatalkan oleh Mahkamah Tinggi.

“Plaintif akan mencabar atas alasan, antaranya, bahawa keputusan Negeri Kedah untuk tidak memperbaharui lesen perjudian adalah sesuatu yang melampaui bidang kuasa yang diperuntukkan Perlembagaan kerana kuasa untuk mengeluarkan lesen adalah di bawah bidang kuasa eksklusif Parlimen,” ujar beliau.

Tamat