Kini tiada lagi suara Ahli Parlimen Pasir Salak, Datuk Seri Tajuddin Abdul Rahman selepas ianya digugurkan daripada ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO.

Setiausaha Agung UMNO, Datu Seri Ahmad Maslan dilapor merakamkan penghargaan kepada Duta Besar Malaysia ke Indonesia itu atas khidmatnya sebagai ahli MKT.

“Presiden (Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi) melalui surat ini menamatkan pelantikan Datuk Seri sebagai ahli MKT UMNO,” katanya dalam surat bertarikh 21 Jun lalu.

Walaubagaimanapun Ahmad Maslan tidak menyatakan sebab mengapa Tajuddin dipecat dalam surat itu, dan ianya masih lagi menjadi tanda tanya bagi semua ahli UMNO.

Ahli Parlimen Pontian itu turut berharap agar Tajuddin akan meneruskan khidmatnya sebagai ahli parti yang komited dan merakamkan ucapan tahniah atas pelantikannya sebagai duta besar.

Sebelum ini Tajuddin juga pernah dipecat sebagai Pengerusi Bukan Eksekutif Prasarana Malaysia Berhad (Prasarana) pada Mei tahun lalu, beberapa hari selepas kenyataannya berhubung kemalangan LRT yang mengundang kritikan orang ramai.

Tamat