MADINAH: Pilu rasa hati apabila selepas ini tidak lagi umat Islam dapat mendengar bacaan solat daripada Sheikh Mahmood Khalil al-Qari yang menjadi imam ibadah terawih saban tahun menjelangnya Ramadhan apabila beliau meninggal dunia .

Imam Masjid al-Qiblatein, dikatakan meninggal dunia pada jam 8 pagi semalam waktu tempatan (Arab Saudi).

Memetik ciapan di Twitter Haramain Sharifain, Allahyarham sebelum ini telah dimasukkan ke Unit Rawatan Rapi (ICU).

Jenazah telahpun dikebumikan selepas solat Maghrib semalam di Tanah Perkuburan Al Baqi.

Allahyarham sebelum ini dilantik untuk mengimamkan solat sunat tarawih di Masjid Nabawi, pada Ramadan 1439H/ 2018M.

Tamat