Ajaib dan hairan bukan apabila satu mumia dalam keadaan lengkap tubuh badan berjaya ditemui di Pulau Mindanao, Filipina, tidak jauh dari sekitar Sabah.

Sekitar tarikh 25 Februari 2016, dua orang nelayan telah terjumpa sebuah kapal layar berwarna putih berserta pemandunya yang sudah menjadi mumia akibat proses pengeringan semula jadi.

Di dalam kapal terbiar itu kelihatan mayat mumia seorang lelaki yang sudah menjadi beku di kerusinya.

Mayat itu tidak lama kemudian dikenali sebagai seorang pengembara dari Jerman bernama Manfred Fritz Bajorat. Mayat Bajorat berada diatas kerusi dan betul-betul di sebelah radio bot.

Bajorat dipercayai cuba membuat panggilan kecemasan terakhir sebelum meninggal dunia di tempat nelayan kemudian menjumpainya.

Kapal layar tersebut bernama SAYO dan memiliki panjang 40 kaki. Ia telah menjelajah ke seluruh dunia sejak 20 tahun lalu.

Keadaan di dalam kabin kebanyakannya sudah ditenggelami air. Antara yang ditemui adalah album yang menunjukkan isteri, keluarga beserta rakan-rakannya, dan pakaian, tin makanan berselerak di sekeliling.

Menurut pihak berkuasa, mereka percaya tidak ada sebarang unsur jenayah dalam kejadian ini dan hingga hari ini tiada siapa yang tahu dengan tepat berapa lama tubuhnya telah duduk di sana.

Bagaimana Proses Mumia Itu Berlaku?

Menurut Profesor Frank Ruhli, Pengarah Institut Perubatan Evolusi di Universiti Zurich kepada MailOnline, terdapat pelbagai cara mumifikasi semula jadi boleh berlaku.

Pada asasnya dalam kebanyakan kes ia adalah dehidrasi tisu, yang menyebabkan pengecutan sel,’ katanya.

‘Di laut terbuka, secara amnya terdapat lebih sedikit serangga daripada di darat. Udara masin terutamanya boleh membantu membawa kepada mumia semula jadi, dan aliran udara yang stabil juga boleh menyokong.

‘Ptoses berkenaan bermula dalam beberapa hari, bergantung pada suhu, kandungan garam, tahap kelembapan, tahap bakteria dan aliran udara. ‘

Apabila mumia selesai dan tiada perubahan iklim, proses penguraian dihentikan dan keadaan mumia itu boleh bertahan hampir selama-lamanya. Rambut mumia juga dikeringkan dan kekal seperti sedia ada.

Tamat