Satu dua kata daripada sukarelawan yang terkenal ‘Abang Viva’ atau nama sebenarnya, Azwan Omar melamar melalui sesi ‘live’ Tik-Tok membuatkan seorang wanita terpaku apabila langsung ditunjukkan sebentuk cincin lamaran.

Lebih terkejut cara Abang Viva kelihatan bersahaja semasa ingin melamar seorang wanita yang dipercayai kekasih hatinya dikenali dengan nama Evanoza telah mencuri perhatian pengikutnya ketika sesi siaran langsung tersebut.

Menerusi rakaman yang dikongsikan, Azwan turut menunjukkan sebentuk cincin kepada wanita berkenaan sehingga membuatnya terkedu.

“Ini serius, Evanoza binti Zakaria, sudi tak awak terima lamaran saya?.

“Saya tanya, terima atau tidak,” soalnya.

Menjengah ke ruangan komen, rata-rata orang ramai tumpang gembira melihat kemesraan di antara mereka berdua serta mendoakan agar hubungan tersebut berakhir ke jinjang pelamin.

“Tahniah untuk Abang Viva dan Eva, semoga kekal dan cepat-cepat kahwin,” kata seorang pengguna,

Tamat