“Kita ada menawarkan insentif khas kepada mereka yang membuat laporan lengkap ada bukti sehingga dapat ditangkap penjenayah tersebut,” tegas Menteri Alam Sekitar Dan Air, Tuan Ibrahim Tuan Man tadi.

Menurutnya KASA memang ada menyediakan insentif kepada individu yang tampil melaporkan kes pencemaran air sungai termasuk pelaku jenayah tersebut.

” Bukan setakat itu, kita juga menyediakan perlindungan buat mereka melaporkan jenayah berkenaan, namun akibat tidak tahu membuatkan penjenayah alam sekitar semakin berani bertindak.

Terdahulu, beliau melancarkan Portal Pekerjaan Hijau hasil inisiatif agensinya, Malaysian Green Technology and Climate Change Corporation (MGTC) yang diaktifkan sejak Oktober 2021.

Tuan Ibrahim berkata, sama seperti kes, pencemaran Air Sungai Chandong, Pulau Indah, kini semakin ramai pihak sudah berani membuat aduan, membolehkan pihak JAS membuat siasatan serta mengambil tindakan.

“JAS membuat laporan polis untuk mendapatkan bantuan PDRM mengesan pihak tersebut. Ops Gempur telah dijalankan malam tadi dibeberapa premis yang telah ditetapkan,” katanya.

Pada 10 Jun lalu, Ketua Setiausaha kementerian itu, Datuk Seri Dr. Zaini Ujang meminta masyarakat agar berani melaporkan insiden pencemaran sungai malah identiti mereka akan dirahsiakan.

Tamat