Masih ada segelintir pengunjung mahupun pelancong yang bodoh apabila dengan sengaja menangkap seekor penyu dari dasar laut semata-mata untuk bergambar semasa aktiviti snorkeling di Pulau Redang.

Kejadian sebegini seharusnya dielakkan dengan pemantauan daripada operator penyedia aktiviti air, dan peserta sewajibnya perlu diberikan terlebih dahulu bagi mengganggu-gugat ekosistem marin.

Rata-rata netizen mengecam keras perlakuan pelancong berkenaan yang memperlakukan penyu sebegitu rupa, bimbang nanti penyu akan berasa terancam dan berpindah daripada Pulau berkenaan.

Selain itu, turut akan dibuat siasatan bagi mengambil tindakan kepada perlaku berkenaan.