Ramai tidak menyangka Ebit Lew walaupun dengan berpakaian jubah, tiba-tiba dikejutkan dengan beberapa gerakan silat selepas menonton filem Mat Kilau – Sebuah Kebangkitan.

Melalui sebuah video yang dimuat naik di laman Instagram miliknya siang tadi, beliau sempat menunjukkan aksi beberapa gerakan silat dan berjaya mencuri tumpuan orang ramai di media sosial.

Tidak hairan walaupun dengan berpakaian jubah, pendakwah itu sempat menunjukkan keterujaannya dengan ‘mengacah’ tarian silat sehingga ‘tergolek’ seorang lelaki bersamanya.

Selain buka buah silat, Ebit lew turut sempat bergambar dengan poster filem tersebut yang dipaparkan dalam videonya.

Video tersebut telah mendapat lebih 42,000 tanda ‘Suka’ dan 662 komen semasa artikel ini ditulis.

“The Real Mat Kilau ! Standby keris ustaz,” komen adrianedy7.

Tamat