Pastinya kejadian kepala air di Kampung Iboi, Baling ini meninggalkan kesan mendalam buat penduduknya tambah lagi buat mereka yang kehilangan ahli keluarganya.

Selepas dua mayat, ibu mentua dan menantunya ditemui akhirnya mayat ketiga Khairul Ikhwan Nor Azman, 14 berjaya ditemui oleh pasukan penyelamat sekitar jam 11.55 pagi ini.

Kedudukan mayat ketiga dijumpai tidak jauh dari lokasi asal tempat mayat ibu dan kakak iparnya dijumpai, dibawah bawah timbunan batang pokok balak.

Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah, Penolong Kanan Pesuruhjaya Bomba Sayani Saidon berkata, mayat mangsa ditemui anggota penyelamat yang melakukan operasi pencarian.

“Mayat mangsa ditemui dalam keadaan sempurna,” katanya ketika ditemui di lokasi kejadian di sini hari ini.

Terdahulu media melaporkan mayat wanita hamil, Nurul Anis Abu Hassan, 23, dan ibu mertuanya, Salmah Mat Akib, 53, ditemui dalam keadaan menyayat hati dengan kedua-duanya dijumpai berpelukan di bawah timbunan batang pokok kira-kira 100 meter dari rumah mereka.

Tamat