Akibat viral saranan Pengarah KPDNHEP Melaka agar kurangkan makan telur netizen mula menunjukan protes dengan ‘menganjing’ cara untuk jimat makan telur di Malaysia.

Telur ayam antara yang murah dan mampu dibeli segenap lapisan masyarakat hari ini telah naik harga.

Namun bagi mengatasi masalah ini orang ramai perlu kurang makan telur dengan meminta dikurangkan kepada 15 biji jika sebelum ini makan 20 biji.

Ekoran itu netizen mula melenting dengan saranan tersebut ramai yang mula menganjing saranan itu dengan menunjukkan cara-cara menggoreng telur yang sangat menjimatkan.

Ameera daripada ahli gorup di Facebook Masak Apa Hari Ini menunjukkan cara-cara menggoreng telur, satu penjimatan di Malaysia.

Dia menunjukkan cara itu dengan mengambil sebiji telur kemudian asingkan kuning telur dengan putih telur.

Kemudian ambil sesudu telur putih goreng diatas kuali kemudian letak telur kuning di atasnya, buatlah berapa berapa banyak yang diperlukan dalam kuantiti yang kecil.

Kelihatan beliau dapat menyediakan hampir ’10 biji telur’ hanya daripada 1 biji telur asal tadi.

Bagaimanapun, video memaparkan Pengarah Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Melaka, Norena Jaafar yang menyarankan orang ramai khususnya rakyat Melaka agar mengurangkan pengambilan telur berikutan harga baharu itu, sekaligus menimbulkan kemarahan ramai.

“Kita sebagai pengguna kalau dah tahu kenaikan harga telur tu tinggi, kalau boleh kita kurangkan sikit makan telur.

“Kalau satu minggu kita makan lebih kurang 20 biji, kita kurangkan jadi 10 atau 15 biji. Tak ada masalah.

“Itu adalah cara gaya hidup kita,” katanya dalam video yang dimuat naik di saluran YouTube Melaka TV.

Tamat