Dengarnya mungkin aneh, tapi itulah realitinya yang berlaku, sayang apabila sebuah sekolah tak semena-mena menjemput seorang mat rempit untuk dijadikan tetamu bagi pelajarnya.

Menggetap bibir, ibu bapa di rumah, bukan apa sekiranya orang yang dijemput itu atlet permotoran ianya masih boleh diterima kerana sukan permotoran ini ada kelasnya yang tersendiri.

Bukannya mat rempit yang tidak punyai haluan diri, untuk mengubah masa depan. Haqiem Stopa bagaimana hendak memberi ceramah? Hanya kerana terkenal dek Tik Tok, pastinya memberi gambaran negatif yang ada.

Menerusi video yang dikongsikan ini, Haqiem Stopa berkongsikan situasi di sekitar majlis semasa dia turun padang memberikan talk di sebuah sekolah. Dia turut memberikan penghargaan kepada pihak sekolah yang telah menjemputnya datang ke sana.

Perkongsiannya ini turut menerima pelbagai reaksi dari netizen yang menganggap influencer Tik Tok sepertinya bukanlah orang yang sesuai untuk dipanggil. Malah ada yang mempersoalkan jasa atau sumbangannya pada masyarakat sehingga membuatkan pihak sekolah terpanggil untuk menjemputnya.

Meninjau di ruangan komen, kebanyakan netizen turut meluahkan rasa kurang senang mereka dengan perkongsian ini. Dalam masa yang sama, netizen turut mempersoalkan tindakan pihak sekolah yang memilihnya sebagai tetamu jemputan.

Tamat