“Alhamdulillah saya amat bersyukur dengan keputusan” hanya itu ucapan pertama penyanyi atau komposer terkenal Muhammad Yasin Sulaiman selepas dibebaskan daripada hukuman gantung sampai mati atas tuduhan mengedar dadah berbahaya jenis ganja oleh Mahkamah Majistret Petaling Jaya, hari ini.

Menurut laporan media tempatan, penyanyi berusia 47 tahun itu mengucapkan terima kasih atas sokongan ahli keluarga dan orang ramai yang dijadikan sebagai sumber kekuatan selama ini.

“Alhamdulillah, saya mengikut proses dan peruntukan undang-undang sedia ada dan saya amat bersyukur dengan keputusan ini.

“Tidak lupa juga ucapan terima kasih saya kepada rakan dan keluarga yang banyak memberikan sokongan, merekalah sumber kekuatan utama saya,” katanya.

Walaubagaimanapun Yasin kini didakwa dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah.

Sementara itu, abang Yassin, Zain Sulaiman,50, berkata, mereka sekeluarga bersyukur terhadap keputusan tersebut serta perkembangan kes yang dihadapi adiknya.

“Saya harapkan rakan-rakan, teman akan terus mendoakan untuk Yassin,” katanya.

Terdahulu, Yasin bernasib baik apabila terlepas hukuman gantung sampai mati atas pertuduhan mengedar dadah jenis Kanabis seberat 214 gram di Mahkamah Majistret di sini hari ini.

Ia apabila pihak pendakwaan memaklumkan bahawa pertuduhan mengedar ditarik dan Yasin atau nama sebenarnya Muhammad Yasin Sulaiman, 47, akan dituduh dengan pertuduhan baharu iaitu memiliki dadah seberat 193.7 gram.

Tamat