Sungguh tidak percaya, hari ini, Ketua Menteri Pulau Pinang, Chow Kon Yeow terpaksa mengakui negerinya tidak mempunyai bekalan air yang cukup untuk perindustrian dan hanya bergantung kepada jirannya Kedah.

Walaupun sebelum ini, dengan angkuh dan sombong mengatakan Empangan Ulu Muda adalah berada di dalam negeri berkenaan tetapi kali ini mula merayu menyembah kerajaan persekutuan bimbang akan kehilangan 80 peratus sumber airnya.

Menurutnya sebarang kejadian yang melibatkan Sungai Muda akan menjejaskan perkhidmatan bekalan air kira-kira 80 peratus daripada penduduk dan perniagaan yang berpusat di Pulau Pinang.

“Kesan banjir kilat di Baling, Kedah baru-baru ini, telah membuktikan bahawa perkara ini adalah fakta. Pada 6 Julai lalu air banjir menyebabkan kekeruhan air mentah dari Sungai Muda tiba-tiba meningkat.

“Kekeruhan air Sungai Muda terlalu tinggi sehingga memaksa PBAPP menghenti tugas Loji Rawatan Air (LRA) Sungai Dua dan penutupan LRA terbesar dan terpenting di Pulau Pinang menjejaskan perkhidmatan bekalan air di sini selama enam hari,” katanya menerusi kenyataan di sini, pada Selasa lalu.

Chow Kon Yeoh berkata Sungai Muda telah menjadi sumber air mentah utama Pulau Pinang sejak tahun 1973 dan Pulau Pinang sangat memerlukan sumber air mentah kedua.

Walaubagaimanapun satu usaha bagi mendapatkan kebenaran untuk mendapatkan aliran air dari Perak pernah dilakukan namun ianya gagal.

“Kita telah menghadiri beberapa sesi rundingan langsung tetapi tidak berjaya,” katanya.

Tamat