Kini ramai pihak terutamanya negara Islam mulai memandang sebelah mata kepada negara Arab Saudi apabila secara langsung kini membenarkan Israel bagi menggunakan ruang udaranya.

Lebih mengejutkan melalui sumber AFP, Arab Saudi bersedia untuk memperbaiki hubungan mereka dengan Israel, dan ianya dianggap sebagai satu isyarat keterbukaan yang jelas terhadap Israel menjelang ketibaan Presiden Amerika Syarikat, Joe Biden.

Pihak berkuasa penerbangan awam Arab Saudi menerusi akaun Twitter milik mereka mengumumkan keputusan tersebut untuk membuka ruang udara Arab Saudi kepada semua syarikat penerbangan yang memenuhi keperluan pihak berkuasa untuk terbang tanpa had.

Semua mata tertumpu kepada Arab Saudi, di mana Joe Biden akan melakukan perjalanan pada petang Jumaat ini walaupun sebelum beliau sebelum ini mengeluarkan kenyataan keras terhadap pemerintah negara tersebut susulan kes pembunuhan wartawan, Jamal Khashoggi pada 2018.

Biden dilaporkan telah mula melakukan lawatan serantau bermula di Israel pada Rabu lalu dan akan terus terbang dari negara itu ke Arab Saudi, sekaligus menjadi Presiden AS yang pertama yang berbuat demikian.

Dalam pada itu, Riyad berulang kali berkata bahawa pihaknya akan terus berpegang teguh pada pendirian Liga Arab untuk tidak menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel selagi konflik dengan Palestin tidak diselesaikan.

Walau bagaimanapun, kerjaaan itu tidak menunjukkan sebarang penentangan apabila sekutu serantaunya, Emiriah Arab Bersatu menjalinkan hubungan diplomatik dengan Israel pada tahun 2020 diikuti Bahrain dan Maghribi di bawah perjanjian Abraham yang diuruskan oleh AS.

Tidak lama selepas Perjanjian Abraham diumumkan, Arab Saudi telah membenarkan sebuah pesawat Israel melintasi ruang udara mereka ketika dalam perjalanan untuk ke Abu Dhabi dan mengumumkan membuka ruang udaranya untuk penerbangan dari UAE ke semua negara.

Pengumuman pada hari Jumaat itu telah menarik balik sekatan ‘overflight’ ke atas pesawat yang melakukan perjalanan dari Israel dan juga menuju ke Israel.

“Keputusan ini di buat untuk melengkapkan usaha Kerajaan yang bertujuan untuk menyatukan kedudukan Kerajaan sebagai hab Global yang menghubungkan tiga benua,” jelas pihak berkuasa penerbangan awam.

Tamat