Ada beberapa perkara perlu dijadikan iktibar terutamanya apabila berkenaan komedi lawak bodoh yang menghina agama Islam serta bangsa Melayu.

Apabila disandarkan pada lawak mahupun komedi ianya seakan ‘dibenarkan’ namun secara langsung ia masih membawa mesej tertentu seperti sengaja menghina agama Islam.

Pasangan kekasih yang menghina Islam, Siti Nuramira Abdullah, 26, dan Alexander Navin Vijayachandran, 38 kini semakin berani tampil ke hadapan apabila memohon dana awam bagi membayar proses ikat jamin mereka.

Jumlah yang dimohon bukannya sedikit tetapi RM 40,000, keadaan ini merupakan bukti mereka sengaja mencabar perkara agama Islam dan bangsa Melayu.

Setakat ini, sudah RM 3,000 berjaya dikumpulkan pastinya wujud NGO-NGO sekularisma yang akan membiayai pembelaan di mahkamah nanti.

Seharusnya pasangan ini dibiarkan mereput di dalam penjara sebagai satu iktibar kepada mana-mana pihak yang cuba memanupulasikan perkara berkaitan Islam mahupun kaum Melayu.