Jangan terkejut sekiranya nanti di masa hadapan generasi anak cucu depan hari berani menghina agama Islam kerana bibit-bibitnya telah ada. Ditambah pula dengan sokongan kuat NGO bersifat liberal seperti Sisters in Islam (SIS), Suara Rakyat Malaysia (SUARAM) dan Komuniti Muslim Universal (KMU Malaysia).

Persatuan ini secara jelas mempersoalkan penahanan Siti Nuramira Abdullah di bawah Seksyen 7 Enakmen Kesalahan Jenayah Syariah (Wilayah Persekutuan) kerana didakwa menghina agama Islam.

Pada mereka berkata tindakan JAWI menyebabkan ketidakharmonian, perpecahan atau permusuhan, kebencian atau niat jahat atas alasan agama, antara orang atau kumpulan orang yang menganuti agama yang sama atau berbeza.

Mereka juga menegaskan bahawa Jawi dan Jabatan Peguam Negara berada di bawah bidang kuasa kerajaan persekutuan.

NGO seperti ini semakin lama dibiarkan akan membawa barah ideologi liberal di dalam masyarakat seharusnya mereka bataskan ataupun diharamkan daripada pentas negara.

Bukanlah mereka ini membantu masyarakat tetapi menyokong tindak tanduk ideologi negara asing yang secara langsung bertentangan dengan rukun negara untuk dibawa masuk ke dalam negara.

Salah seorang peguam Siti Nuramira, Ramesh NP Chandran memberitahu media hari ini bahawa pegawai agama terbabit menahan anak guamnya dan ingin mendakwanya di mahkamah Syariah esok atau lusa.

Semalam, Siti Nuramira dilaporkan berjaya mengumpul dana yang mencukupi untuk membayar ikat jaminnya dalam kes jenayah di Mahkamah Sesyen Kuala Lumpur kerana menimbulkan niat jahat melalui persembahan mikrofon terbuka di Kelab Komedi Crackhouse di Taman Tun Dr Ismail

Tamat