“Orang yang menghina Islam dan nabi-nabi ini sudah murtad, bukan itu sahaja siapa yang menentang dan menyebelahi orang bukan Islam juga adalah munafik,” itu amaran tegas daripada Ustaz Azhar Idrus dalam siri ceramahnya.

Amaran berkenaan dibuat akibat semakin banyak kes hina agama Islam, dalam bentuk komedi dan sebagainya yang kini tular di media sosial.

Penceramah popular, Ustaz Azhar Idrus menegaskan, dalam satu siri ceramahnya jenazah individu yang menghina agama Islam adalah haram untuk disembahyangkan.

Menurutnya fatwa ahli sunnah wal jamaah ada menyebut bahawa individu yang menghina Islam telah diisytiharkan sebagai kafir murtad walaupun dia mengaku dirinya adalah Islam.

“Elok letak nama dan mukanya di papan tanda masjid-masjid. Kalau dia mati, kita tidak boleh dan haram sembahyang serta kebumikan jenazah tersebut.

Beliau menegaskan, golongan munafik di akhirat kelak akan berada di neraka paling bawah.

Orang yang menghina Islam, nabi, al-Quran katanya, secara jelas sudah murtad dan kafir.

“Sekarang ini, ada orang kafir yang menentang dan menghalang ulama-ulama penceramah-penceramah kita untuk perjuangan Islam. Ada orang Islam yang menyokong mereka ini adalah munafik.

“Kaum munafik yang ada dalam golongan ini akan berada dalam neraka paling bawah,” katanya secara tegas

Tamat