“Kita akan ubah suai mengikut situasi, yang pentingnya kita nak menang. Bagaimana nak menang? Menerusi strategi dan taktikal kita,” itu kata Timbalan Presiden Umno, Datuk Seri Mohamad Hassan berikutan ada desas-desus mengatakan BN mungkin bergabung mahupun bergerak secara solo untuk PRU15 nanti.

Menurutnya apa yang dapat dipastikan adalah memastikan kemenangan parti bertanding nanti, ini kerana keadaan itu boleh berlaku berikutan dinamik politik sering berubah-ubah.

Beliau berkata pendirian BN untuk bersendirian menghadapi PRU15 setakat hari ini masih lagi kekal.

“Pada ketika ini parti telah pun buat keputusan BN akan bergerak solo. Itu setakat hari inilah sebab politik ini kadang-kadang ia tidak statik. Jadi ini belum kita putuskan lagi.

“Boleh jadi esok, ada pula pandangan kita macam lain dan katanya selepas mengadakan pertemuan dengan jentera pilihan raya dan pimpinan Bahagian Umno Kedah semalam.

Menurutnya perkara terpenting kini ialah membuat penilaian kedudukan parti di setiap negeri bagi memantau tahap persediaan jentera BN menerusi siri jelajah sehingga pertengahan Ogos depan.

“Apa yang perlu kita buat di setiap negeri dan pendekatan berbeza-beza sebab politik sekarang tak boleh macam dulu lagi. Contohnya di Kedah, sekejap Pas menang, sekejap BN menang, susah nak cakap.

“Namun daripada pengamatan saya, jentera dan gerak kerja parti kemukakan strategi yang meyakinkan namun kita perlu berhati-hatilah elak tersilap langkah,” katanya.

Tamat