Empat mati akibat berlaku satu kemalangan apabila sebuah ambulans bergerak laju gagal dikawal selepas mengelak seekor kambing lalu merempuh kaunter tol lebuhraya Byndoor-Shiroor, India baru-baru ini.

Hasrat bagi menyelamatkan nyawa pesakit akhirnya bertukar tragedi apabila van ambulans yang bergerak pada kelajuan tinggi terbabas di kaunter tol.

Van ambulans yang membawa pesakit dan 2 penumpang hendak bergegas ke hospital kerana pesakit berada dalam keadaan kritikal.

Petugas tol yang menyedari van ambulans yang bergerak laju dan cuba mengalihkan pengadang tol untuk melepaskan van tersebut melepasi tol namun tidak berjaya.

Rakaman cctv menunjukkan ada seekor kambing sedang berteduh di hadapan tol punca van tersebut hilang kawalan.

4 dilaporkan maut manakala satu lagi mangsa berada dalam keadaan kritikal.

Tamat