17,000 manusia dijangkiti penyakit cacar monyet yang kini aktif di 74 negara membuatkan Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) mengisytiharkan wabak cacar ini sebagai darurat kecemasan kesihatan global sekali gus tahap amaran tertinggi.

Ketua Pengarah WHO, Tedros Adhanom Ghebreyesus berkata wabak cacar monyet merupakan darurat kesihatan awam yang mencetuskan kebimbang masyarakat antarabangsa.

“WHO menilai cacar monyet sebagai wabak global sederhana melibatkan semua kawasan kecuali rantau Eropah di mana risikonya adalah tinggi.

“Lebih 16,800 orang di 74 negara terjejas akibat cacar monyet, demikian menurut perangkaan Pusat Kawalan dan Pencegahan Penyakit Amerika Syarikat (CDC) yang disiarkan Jumaat lalu.

Washington menyambut baik deklarasi WHO itu sebagai ‘gesaan kepada masyarakat dunia untuk menghentikan penularan virus itu,” katanya.

Menurut sumber, 98 peratus individu dijangkiti merupakan lelaki gay atau biseksual, manakala satu pertiga daripada mereka pula mengunjungi premis seks seperti parti seks atau sauna pada bulan sebelumnya.

“Wabak ini tertumpu kepada lelaki gay khususnya mereka yang mempunyai berbilang pasangan. Ini bermakna cacar monyet boleh dihentikan sekiranya kita menggunakan strategi yang betul dalam kumpulan sasaran yang betul.

“Saya perlukan nasihat anda semua untuk menilai implikasi segera dan sederhana wabak cacar monyet terhadap kesihatan awam,” kata Tedros.

Tamat