Usah buat terkejut, RM 2.6 juta diterima oleh mantan Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad sebagai dana politik daripada syarikat Ultra Kirana Sdn. Bhd. (UKSB) selepas Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15).

Menurut seorang saksi pendakwaan ke-17, bekas Pengurus Pentadbiran UKSB, David Tan Siong Sun ketika pemeriksaan balas Peguam Datuk Ahmad Zaidi Zainal memberitahu bahawa dana itu disalurkan sebanyak dua kali pada Ogos dan September 2018 kepada anak saudara Dr. Mahathir, Tan Sri Rahmat Abu Bakar yang disebut sebagai ‘Kedahan’.

Dalam prosiding berlangsung di hadapan Hakim Mohd. Yazid Mustafa di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, David Tan turut memaklumkan dana itu diberikan secara berasingan iaitu masing-masing RM1.3juta pada bulan-bulan itu.

Ini semasa Ahli Parlimen Langkawi itu menjadi Pengerusi Parti Bersatu dan Perdana Menteri Ke-7, sejak tiga bulan selepas Pakatan Harapan memenangi PRU-15.

David Tan turut berkata, UKSB memberi dana kepada Presiden Bersatu, Tan Sri Muhyiddin Yassin melalui kawan baiknya, Datuk Teo Wee Cheng yang merupakan Pengarah Syarikat SHH Resources Sdn. Bhd. (SHH).

Asas pemberian terbabit juga dikaitkan dengan abang kepada Muhyiddin iaitu Tan Sri Abdul Aziz yang pernah menjadi pengerusi syarikat tersebut dan dalam masa sama David Tan merupakan salah seorang ahli lembaga pengarahnya.

Sementara itu, semasa pemeriksaan balas Peguam Hamidi Mohd. Noh pula Davi Tan mengesahkan UKSB memberikan dana sebanyak RM1.162 juta kepada Ketua Penerangan UMNO, Shahril Sufian Hamdan yang ketika itu menjawat Naib Ketua Pemuda UMNO.

Tamat