Tak sangka apabila Kedah mampu meningkatkan keupayaan ekonomi dan rizab kewangan negeri, kini mata-mata parti politik lain mulai mengintai negeri berkenaan sebagai lubuk emas bagi menjarah hasil yang ada.

Mantan Menteri Besar, sebelum ini Dato’ Seri Utama Mukhriz Mahathir pernah mengeluarkan kenyataan mengatakan Kedah antara negeri miskin kerana tidak kerana hanya bergantung kepada pertanian.

Walaubagaimanapun Menteri Besar, Dato’ Seri Muhammad Sanusi Md Nor berjaya menyangkal kenyataan berkenaan apabila berjaya membuktikan beliau berjaya menaikkan rizab kewangan dari negeri RM 40 juta hingga ke RM 600 juta.

Beliau berkata antara fomulanya ialah mengadakan simpanan tetap telah dilakukan dengan matlamat untuk dibelanjakan ketika keadaan mendesak.

“Kita telah mencapai rekod untuk negeri ini dalam bab simpan. Rahsianya jangan merapu, belanja duit jangan merapu, simpan jangan merapu.

“Kerana pada masa depan kita tak tahu lagi ekonomi ini nak jadi lagu (macam) mana. Kalau ekonomi merudum insya-Allah hutang-hutang pinjaman kita boleh served. Benda-benda kebajikan kita boleh pakai. Jangan suruh pakai la ini. La ini masa untuk menyimpan.

“La ni (sekarang ini) tak kira sesak, jangan suruh belanja duit itu. La ni tak sesak lagi. Kita ada simpanan tetap sebagai reserved negeri RM600 juta. Saya habaq (beritahu) ini bukan suruh minta duit itu. Janganlah minta. Betul-betul kena simpan untuk perbelanjaan pada masa depan,” tegasnya.

Menurut Sanusi beliau sangat bertegas soal perbelanjaan negeri kerana pernah sebelum ini Kedah menghadapi masalah kewangan hasil daripada pemerintahan Mukhriz.

“Dulu-dulu dia merapu, program macam-macam belanja berjuta-juta. Main golf adalah hari-hari apa, depa anjur golf. Belanja RM500,000 main golf.

“Saya tak main golf, saya main ragbi. Bola ragbi murah saja. Satu bola ragbi boleh main 30 orang. Jadi mainlah permainan-permainan yang murah.

“Di zaman Mukhriz rizab simpanan ditinggalkan cuma RM40 juta hingga menyukarkan pembayaran gaji kakitangan negeri sebanyak RM23 juta,” katanya .

Sanusi menegaskan sepanjang sejarah pemerintahan PAS bermula sejak dari Tan Sri Dato’ Seri DiRaja Ustaz Azizan Abdul Razak menjadi Menteri Besar iaitu sebanyak RM320 juta dari RM180 juta ditinggalkan kerajaan sebelumnya.

“Maka kerajaan pada masa itu berhutang dengan Putrajaya. La ni kita duk bayar setahun RM10 juta, hutang dengan Putrajaya untuk bayar bagi gaji pegawai,” maklum beliau dan turut memberitahu bahawa ADUN-ADUN PAS tidak ada yang kedekut.

Jelas beliau, dalam pengetahuannya tiada lagi aduan ADUN-ADUN PAS dikatakan kedekut, sebaliknya jika mereka tiada wang, keadaan tersebut memang sebenar-benarnya, bahkan menjadi saksi kesungguhan para wakil rakyat tersebut membantu penduduk.

Iltizam Sanusi, seboleh mungkin mereka semua buat yang terbaik di mana telah bertungkus-lumus melakukan pelbagai kerja untuk rakyat hingga terasa letih dilihat pada pandangan matanya.

“Tengok pun letih dah. Cikgu (Abdul) Nasir (Idris – ADUN Bayu), gajah pun dia pi tangkap. ADUN Bayu satu-satunya ADUN di Malaysia yang menjadi penangkap gajah. Tuan-tuan kalau ada gajah liar melintas panggillah ADUN Bayu tangkap.

“Mejar (Mansor Zakaria – ADUN Kuala Ketil) suka buat infrastruktur. Baru ni dia jadi Pengarah masa banjir tuan-tuan. Saya tengok kesian kat dia. Letihkan? Semua orang letih.

“Saya harap kerja-kerja yang telah kita lakukan selama beberapa tahun sebagai wakil rakyat akan menjadi bekalan kita di akhirat dan menjadi tempat orang menilai parti kita, prestasi parti,” harap beliau.

Tamat