Lain macam kali ini, ingatkan drama filem Tamil, tapi berlaku di Langkawi apabila kumpulan pemuda India buat pesta arak dalam kolam homestay.

Homestay yang disewa dijadikan lokasi parti arak sehingga berpuluh tin arak ditinggalkan berada di dalam kolam mandi.

Menerusi video tular yang dikongsikan oleh Andy Suffean Jr. menerusi Facebook Group Info Terkini Apa Hari Ini, dapat dilihat sekumpulan pemuda lelaki menyewa dan enjoy sakan di sebuah homestay ini tidak menjaga sensitiviti tempat yang mereka sewa serta dengan selamba badak dia masukkan puluhan tin arak sambil meminumnya dalam kolam renang.

Selain itu, MPV Toyota Vellfire yang disewa dipandu secara berbahaya dan tidak berhemah sebelum dihalau oleh pemilik kereta. Tindakan tidak bertanggungjawab dan kurang kesedaran sivik yang ditunjukkan jelas memberi masalah kepada owner homestay dan kereta dalam membersihkan semula kereta tersebut.

Netizen turut meluahkan rasa berang terhadap kumpulan lelaki ini. Berikut merupakan komen netizen mengenai insiden yang berlaku.

Tamat