Perbuatan haiwan, cukup melampau, bukan sekadar mengkhianati amanah rakyat, namun turut menjadi hamba nafsu syaitan apabila tergamak merogol seorang pembantu rumahnya warga Indonesia tiga tahun lalu.

Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Tronoh, Paul Yong Choo Kiong hari ini didapati bersalah selepas dijatuhkan hukuman oleh Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed di Mahkamah Tinggi Ipoh.

Hakim membuat keputusan itu selepas mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes melampaui keraguan munasabah.

Yong yang juga bekas exco kerajaan negeri dan bendahari Parti Bangsa Malaysia (PBM) boleh dihukum penjara sehingga 20 tahun dan sebatan mengikut Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan.



Pada 23 Ogos 2019, Yong, 51, mengaku tidak bersalah atas pertuduhan merogol pembantu rumah berusia 25 tahun di rumahnya di Meru Desa Park antara 8.15 malam dan 9.15 malam, 7 Julai 2019.

Pada 6 Disember tahun lalu, Mahkamah Tinggi mengarahkan Yong membela diri atas pertuduhan itu selepas Hakim Datuk Abdul Wahab Mohamed mendapati pihak pendakwaan berjaya membuktikan kes prima facie ke atas tertuduh pada akhir kes pendakwaan.

Pihak pendakwaan memanggil 23 saksi ketika perbicaraan yang bermula pada 5 April, manakala pihak pembela memanggil tiga saksi termasuk tertuduh.

Tamat