Nampaknya dikala waktu tengah hari ini penduduk semenanjung Malaysia mulai dibasahi peluh akibat terputusnya bekalan elektrik di kebanyakkan kawasan pada jam sekitar 12.50 tadi.

Keadaan suhu luar yang terik sehingga mencapai sekitar 37 darjah celcius membuatkan pekerja pejabat, mahupun mereka yang berada rumah mulai merungut akibat kibas dan sistem hawa dingin tidak dapat digunakan.

Antara kawasan yang dipercayai terjejas adalah Bangi, Serdang, Ampang, Shah Alam, Subang, pusat bandaraya Kuala Lumpur dan beberapa negeri di Semenanjung Malaysia.

Beberapa pusat beli-belah di ibu negara turut mengalami masalah terputus bekalan elektrik menyebabkan jualan serta pembeliaan terhenti seketika.

Menurut laporan media, antara negeri terlibat seperti Kedah, Kuala Lumpur, Selangor, Negeri Sembilan, Pahang,.

Tamat