“Hanya sistem pendidikan yang selain dengan selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan akan diterima dalam negara” itu kenyataan tegas Menteri Kanan Pendidikan, Datuk Dr Radzi Jidin tadi.

Menurut beliau ketika menjawab menjawab soalan lisan Wong Kah Woh (PH-Ipoh Timur) berkata, Kerajaan tidak akan mengiktiraf Sijil Peperiksaan Bersepadu (UEC) kerana ia tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan dan Akta Pendidikan 1996 (Akta 550).

Ini kerana UEC yang dilaksanakan di sekolah menengah persendirian Cina (SMPC) menggunakan kurikulum yang digubal serta dibangunkan Dong Zong itu berlawanan dengan Dasar Pendidikan Negara.

“Dasar Pendidikan Kebangsaan dilaksanakan melalui suatu sistem pendidikan kebangsaan yang memperuntukkan bahasa kebangsaan sebagai bahasa utama, melaksanakan kurikulum kebangsaan dan menyediakan murid untuk menduduki peperiksaan yang sama,” katanya di sini hari ini.

Tambahnya, penetapan tersebut adalah bagi memenuhi aspirasi serta keperluan negara pada masa hadapan dan sebagai usaha memupuk perpaduan dalam kalangan rakyat selaras prinsip Rukun Negara.

“Kementerian juga tidak pernah menyalurkan sebarang peruntukan kewangan kepada SMPC kerana ia tidak selari dengan Dasar Pendidikan Kebangsaan, Akta 550 dan lain-lain perundangan yang sedang berkuat kuasa,” katanya.

Tamat