Baru-baru ini muncul satu video tular seorang wanita mengaku Nabi perempuan persenda solat dengan memakai ‘costume’ watak spiderman yang ketat dan seksi di atas sejadah melalui aplikasi Tik-Tok.
Tindakan jahat wanita yang bertindak memuat naik content-content video berkenaan dilihat sengaja menghina agama Islam telah menimbulkan kemarahan orang ramai.
Menerusi video-video lucah yang dimuat naik, hampir semuanya memaparkan wanita itu bertudung namun berpakaian kurang sopan seperti ‘dress‘ pendek atau berpakaian ketat sehingga menampakkan bentuk buah dada.
Lebih mengejutkan, dia turut menggelarkan dirinya sebagai ‘nabi wanita pertama’ dan turut dilihat memakai kostum sambil memegang Al-Quran di atas sejadah.
Enggan berdiam diri, rata-rata netizen Malaysia turut terkesan dengan penghinaan yang dilakukan wanita Arab itu sehingga wujud gerakan untuk melumpuhkan akaun TikTok miliknya.
Menerusi hantaran di laman Facebook, seorang pengguna telah menggesa orang ramai agar melaporkan akaun tersebut kepada pihak TikTok.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen turut berang dengan sikap wanita itu yang langsung tidak menghormati agama Islam, malah ada juga yang memaklumkan bahawa akaun milik wanita itu pernah disekat namun dia telah membuat akaun baru semula.
Tamat