Sebuah roket milik China kini bakal menjunam kembali dengan kelajuan tinggi apabila sebahagian daripada komponennya gagal terbakar lalu menuju ruang atmosfera bumi.
Menurut laporan media antarabangsa, kebarangkalian komponen roket itu mengenai kawasan berpenduduk dilaporkan sangat tipis, sebilangan pakar berpendapat bahawa China mengambil risiko yang perlu.
Pakar-pakar berkata, kebimbangan tersebut adalah berpunca daripada roket Long March 5B yang dilancarkan pada Ahad lalu.
Namun, pakar-pakar bimbang sekiranya beberapa bahagian teras roket tersebut jatuh ke Bumi. Ia akan mengulangi insiden pada bulan Mei tahun lalu yang menyaksikan serpihan roket, juga dari China, jatuh di Lautan Hindi.
Roket terbaharu itu dilancarkan dari tapak pelancaran Wenchang, wilayah Hainan.
Ia membawa sebuah makmal baharu berkuasa solar dinamakan modul eksperimen Wentian yang akan ditempatkan di Stesen Angkasa Lepas Tiangong milik Beijing.
Pakar-pakar berkata, laluan roket tersebut sukar diramal berikutan turun naik dalam tekanan atmosfera yang disebabkan oleh perubahan aktiviti solar.
Tamat