CUEPACS kali ini dilihat benar-benar serius dalam mempertahankan hak pekerja perkhidmatan awam sehingga berpiket di Putrajaya sekiranya permintaan mereka untuk dinaikkan gaji tidak dipenuhi sebelum Parlimen dibubarkan.

Presidenya, Adnan Mat berkata, pihaknya sudah banyak kali mencadangkan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) agar gaji kakitangan awam Gred 19 kepada Gred 29 dinaikkan. Namun, tiada sebarang tindakan dari JPA.

“Jika gaji mereka tidak disemak sebelum Parlimen dibubarkan, CUEPACS bersedia untuk berpiket di Putrajaya bersama penjawat awam,” katanya.

Pada masa sama juga, CUEPACS juga menuntut pengurangan kos barangan sebelum pilihan raya umum akan datang. 

Sebelum ini, CUEPACS telah menggesa kerajaan meluluskan cadangan menaikkan gaji penjawat awam bagi membantu mereka menghadapi krisis kenaikan harga barang dan kos sara hidup.

Selain menaikkan gaji, Adnan turut mencadangkan beberapa perkara lain untuk dipertimbangkan seperti pelaksanaan gaji minimum RM1,800 untuk kakitangan awam.

Ini termasuk dua kenaikan setiap tahun
Sistem saraan lebih berkesan yang menyeluruh, adil dan saksama, meliputi
elaun pelbagai tugas, elaun batik dan pakaian kebangsaan.

CUEPACS juga menggesa supaya kerajaan dapat mengisi kekosongan jawatan pembantu tadbir dengan segera dan
tiada pelupusan jawatan yang tidak diisi selama dua tahun seperti yang terkandung dalam pekeliling Perbendaharaan baru-baru ini sebagai langkah penjimatan kos serta menamakan semula jawatan pembantu tadbir kepada pegawai perkeranian, seperti sebelum ini.

Selain itu, struktur gaji semasa penjawat awam yang sudah dilaksanakan sejak 2002 dan wajar dikaji semula bagi memastikan ia relevan dengan zaman semasa.

Tamat