“Kerajaan telah meluluskan Rancangan Tebatan Banjir (RTB) Sungai Tawau, Sabah, yang melibatkan dua fasa bagi mengurangkan risiko banjir di sebahagian kawasan Sungai Tawau,” itu kata Menteri Alam Sekitar dan Air, Dato’ Sri Tuan Ibrahim Tuan Man semalam.

Beliau berkata demikian ketika menjawab soalan lisan Datuk Liew Chin Jin (PH-Tawau) di Dewan Rakyat semalam.

Menurutnya mepelaksanaan kedua-dua fasa ini dijangka akan disiapkan dalam tempoh pelaksanaan Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK-12).

Kementerian Alam Sekitar dan Air (KASA) melalui Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) komited untuk melaksanakan projek Rancangan Tebatan Banjir (RTB) sebaik sahaja kelulusan diterima dengan segera dan tanpa mengabaikan kualiti pembinaan.

“Fasa 1 terbahagi kepada dua pakej berjumlah RM50 juta dan dijangka siap pada suku pertama tahun 2024. JPS juga mengemukakan permohonan untuk Fasa 2 dalam Rolling Plan Ketiga RMK-12 yang dianggarkan berjumlah RM150 juta,” katanya semalam.

Bagi projek Fasa 1, Tuan Ibrahim berkata, Pakej 3 melibatkan kerja menaik taraf Jambatan Sungai Apas dan Pakej 4 bagi menaik taraf Sungai Taraf sehingga ke muaranya.

Menurutnya , status semasa kemajuan projek ini adalah 29 peratus, berbanding jadual sebanyak 19 peratus.

Sementara itu, katanya untuk Projek Fasa 2, Pakej 1 melibatkan kerja menaik taraf Sungai Tawau dari Sungai Tanjung Outlet hingga ke Jambatan Sungai Apas, manakala Pakej 2 melibatkan kerja menaik taraf Sungai Tawau dari Jambatan Apas hingga ke Sungai Rakis Outlet.

Tamat