Sesedap rasa hina Islam dan amalkan seks bebas, tiba – tiba nak mengaku OKU pulak !

Apabila ada kes yang sukar ditutup maka kini ramai mahu mengaku sebagai Orang Kurang Upaya (OKU) kononnya mahu mendapatkan hak.

Itu yang berlaku apabila ada pihak yang mengatakan Siti Nuramira Abdullah sebagai OKU masalah mental kerana perbuatanya sebelum ini.

Jabatan Kebajikan Malaysia dalam kenyataanya memaklumkan, berdasarkan semakan rekod Sistem Maklumat Orang Kurang Upaya (SMOKU) mendapati Siti Nuramira bukan pemegang kad OKU.

“Pihak media diminta untuk mendapatkan pengesahan daripada JKM terlebih dahulu bagi memastikan perkara yang dilaporkan adalah sahih,” menurut JKM susulan tular infografik di laman media sosial berkenaan perkara itu.

JKM juga berharap laporan berkenaan diperbetulkan segera oleh pihak berkaitan bagi mengelakkan salah faham dalam kalangan masyarakat terutamanya bagi menjaga sensitiviti golongan OKU.

Pada 13 Julai lepas, Siti Nuramira, 26, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini atas kesalahan yang didakwa dilakukan di Restoran Crack House Comedy Club, Taman Tun Dr Ismail, di sini pada jam 6 petang, 4 Jun lepas.

Tamat