Bintulu: Beberapa serpihan roket angkasa lepas China tanpa kawalan telah jatuh ke Bumi di kawasan Sarawak sekitar jam 12.50 pagi tadi. Laman Youtube yang melaporkan ini secara live meminta penduduk Sarawak yang terjumpa sisa ini agar menjauhinya demi kesihatan kerana ia terdapat radiasi radioaktif bersamanya.
Sementara itu terdapat goresan awan panjang dipercayai sisa wap air terbentuk dari haba panasnya di atas langit Sarawak atau mungkin sekali ia berkecai di situ kerana penduduk sekitar Sarawak telah dilaporkan mendengar letupannya sejam lalu.
Letupan yang kuat didengari ialah apabila jasad logam terbakar itu menembusi atmosfera basah yang tumpat dan sisa dipercayai mungkin jatuh di jalur wilayah di antara Bekenu – Miri – Negara Brunei – Limbang – Lawas – Beaufort dan bahagian selatan Pantai Barat Sabah.
Tamat