Kali ini perang besar antara dua mantan Perdana Menteri Malaysia di media sosial dilihat panas membara apabila Tun Dr Mahathir Mohamad menyenaraikan kes salah laku Datuk Seri Najib Razak sepanjang pemerintahanya.
Menurut Dr Mahathir antara ‘kejayaan’ dan salah laku Najib termasuklah ‘berpura-pura’ dan mengaitkannya menerima RM2.6 juta dari Ultra Kirana Sdn Bhd (UKSB).
“Najib cuba untuk menyamakan isunya menerima RM2.6 bilion dan mendakwa diberi oleh Raja Arab yang sehingga hari ini tidak wujud atau tampil membuktikan kenyataannya.
“Selain itu, dua mahkamah dan empat hakim telah dapati dia bersalah tujuh tuduhan pecah amanah, salah guna kedudukan dan pengubahan wang haram dana RM42 juta milik SRC, sebuah anak syarikat 1MDB.
“Najib juga sedang dibicarakan di dalam mahkamah berkaitan kes 1MDB di atas empat pertuduhan menggunakan kedudukannya untuk peroleh suapan berjumlah RM2.3 bilion dalam dana 1MDB dan 21 pertuduhan pengubahan wang haram berjumlah RM2.3 billion tersebut.
“Kesemua aliran wang tersebut ada ‘paper trail’ dan ‘digital footprint’ dan kesemuanya terkait dengan Najib,” katanya dalam satu posting di Facebook pada semalam.
Tamat