KOTA BHARU: Sultan Kelantan Sultan Muhammad V berkenan mengisytiharkan isteri baginda Che Puan Nur Diana Petra Abdullah dengan pangkat kemuliaan Duli Yang Maha Mulia Sultanah Nur Diana Petra Abdullah, Sultanah Kelantan.
Setiausaha Kerajaan Negeri Dato’ Nazran Muhammad berkata, pengisytiharan itu dibuat Menteri Besar Ustaz Dato’ Bentara Kanan Ahmad Yakob untuk pengetahuan orang ramai pada menjalankan kuasa-kuasa menurut Fasal (1) Perkara 43 Undang-Undang Perlembagaan Tubuh Kerajaan Kelantan (Bahagian Yang Kedua).
Katanya, baginda juga mengampuni perkenan mengurniakan pangkat kemuliaan Yang Teramat Mulia Che Puan Mahkota Kelantan ke hadapan Che Puan Sofie Louise Johansson Petra, isteri Tengku Mahkota Kelantan.
“Semua kurniaan pangkat kemuliaan itu berkuat kuasa bermula hari ini (2 Ogos) bersamaan 4 Muharram 1444,” katanya pada kenyataan di sini hari ini.
Sebelum itu pengisytiharan tersebut dibuat Menteri Besar di Istana Balai Besar. Turut hadir Timbalan Menteri Kelantan Dato’ Mohd Amar Abdullah.
Tamat