Belum lagi hilang trauma banjir di Baling yang mengorbankan empat sekeluarga kini kawasan berkenaan sekali lagi dilanda tragedi berkenaan sehingga menyebabkan hospital hampir tenggelam.

Itu gambaran awal yang berlaku apabila kawasan Baling dilanda banjir kilat akibat limpahan Sungai Ketil selepas hujan lebat selama satu jam kira-kira pukul 7 malam tadi.

Keadaan berkenaan menyebabkan paras air naik dan memasuki rumah yang berada di sekitar tebing sungai sekitar jam 6 petang semalam.

Timbalan Pegawai Pertahanan Awam Daerah Baling, Leftenan (PA) Mohd. Dzulhaidy Khalil berkata, dua pusat pemindahan sementara (PPS) dibuka di Sekolah Kebangsaan (SK) Tengku Habsah dan Dewan Tun Abdul Razak bermula pukul 8.30 malam tadi.

Setakat ini tiga puluh empat mangsa daripada sembilan keluarga berada di dua pusat pemindahan sementara (PPS) di sini, sehingga jam 8 pagi ini.

Sementara itu, Pengarah Kesihatan Kedah, Dr. Othman Warijo berkata, berlaku limpahan air dari sungai ke dalam kawasan Hospital Baling melibatkan beberapa unit kuarters, bilik persalinan dan taska.

“Tiada kemalangan dan kecederaan dilaporkan yang mana air mula surut secara perlahan,” katanya.

Tamat