“Ini negara Malaysia, agama rasminya Islam, punyai adat budaya tersendiri, seperti mana termaktub dalam Rukun Negara, Kesopanan dan Kesusilaan perlu diamalkan, bukannya negara German,” kata-kata itu cukup menggambarkan ketegasan Menteri Agama, Senator Datuk Idris Ahmad.
Kenyataan itu cukup bagi menjawab persoal Ahli Parlimen DAP, Lim Guang Eng dan Ahli Parlimen DAP Raub, Tengku Zulpuri Shah Tengku Puji yang tidak puas hati mengapa Oktoberfest perlu diharamkan.
Menurut Idris Ahmad, sambutan Oktoberfest tidak sepatutnya dibenarkan dianjurkan secara terbuka kepada masyarakat awam di negara ini.
“Tidak semua perayaan luar boleh di ‘import’ masuk ke negara ini secara sewenang-wenangnya. Ia mestilah melihat kepada kesesuaian agama dan budaya masyarakat negara kita.
“Menjaga dan memelihara masyarakat yang harmoni dan sejahtera lebih baik daripada menyokong mempromosikan budaya yang bertentangan dengan agama dan budaya timur rakyat kita,”katanya.
Idris Ahmad berkata, tidak sepatutnya budaya liar itu dijadikan alasan untuk mengambil untung atas alasan kebebasan sosial dan perniagaan.
Beliau berkata, Oktoberfest adalah perayaan yang bermula daripada barat yang mempromosikan minuman bir (arak) secara besar-besaran yang dimulakan di Munich, Jerman.
Sudah terang lagi bersuluh pesta arak antarabangsa berkenaan dilihat amat bertentangan dengan nilai dan budaya masyarakat Malaysia lebih-lebih lagi agama Islam.
Tamat
Sangat Setuju dengan Alasan Munasabah yang diberi oleh Datuk Idris Ahmad. Terbaik jawapan Datuk. Jangan Semua Perayaan dan budaya dari luar nak dinormalisasi di negara kita. Contoh yang lain ialah budaya hidup golongan Gay dan Lesbian pun nak cuba dinormalisasikan juga di Malaysia. Ini bertentangan dengan nilai hidup masyarakat Timur dan bertentangan dengan agama Islam yang menjadi agama rasmi negara kebanggaan kita. Sesiapa yang menyokong budaya negatif dari luar itu, minta mereka pindah sahaja ke negara yang mereka banggakan itu. Jangan hidup di negara Malaysia yang tidak menyokong budaya negatif itu.
LikeLike