Akibat membenarkan lawatan Speaker Dewan Perwakilan Amerika Syarikat (AS), Nancy Pelosi ke Taiwan, negara berkenaan menerima 11 hentaman peluru berpandu balistik China.

Itu adalah sebahagian tanda amaran itu daripada siri latihan ketenteraan terbesar yang pernah dilakukan sebagai tindak balas kerana menyebarkan pengaruhnya ke Asia.

Komando Teater Timur Tentera China dalam kenyataan menjelaskan latihan tersebut memberikan tumpuan kepada sesi latihan utama termasuk sekatan bersama, serangan sasaran laut, sasaran darat serta operasi kawalan udara.

Susulan itu, Kementerian Pertahanan Taiwan telah mengaktifkan sistem pertahanan dan memantau rapat situasi tersebut bimbang sekiranya berlaku pencerobohah daripada gergasi Asia itu.

Kementerian Luar Taiwan menuduh China mengikut contoh Korea Utara dengan sengaja melancarkan ujian peluru berpandu berhampiran perairan negara lain.

Kerajaan Jepun berkata, peluru berpandu China turut mendarat di perairan negara itu dan menggesa tindakan tersebut ‘dihentikan segera’.

Tamat